Berdasarkan kepada pembacaan yang telah dibuat, maka dapatlah saya ringkaskan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning) suatu kaedah yang kerap diamalkan di banyak universiti yang terkemuka terutamanya di Eropah. Kemudian ia menarik perhatian untuk digunapakai dalam sistem pembelajaran di negara kita terutamanya golongan yang bergelar mahasiswa/i. Ia dikendalikan dengan memperkenalkan suatu masalah yang realistik. Pemilihan kepada masalah ini adalah untuk menarik pelajar untuk menyelesaikannya semasa berada dalam kumpulan. Mula diperkenalkan oleh Barrows dan Tamblyn (1980) dimana mereka telah melakukan satu kajian ke atas beberapa pelajar perubatan di McMaster School di Canada. Dalam kajian tersebut para pelajar secara individu dikehendaki menyelesaikan soalan yang telah diberikan oleh pengajar. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa para pelajar akan terikat dengan pembelajaran mereka di dalam konsep penyelesaian masalah. Melalui pembelajaran berasaskan masalah ini pelajar memperolehi real-world challenges, higher-order thinking skills, problem-solving skills, interdisciplinary learning, independent learning, information-mining learning, teamwork dan kemahiran berkomunikasi.
Disebabkan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah tersebut ia mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan-rakan yang lain (peer teaching) iaitu dalam kumpulan dan antara kumpulan. Dengan menggunakan pembelajaran berasaskan masalah ini, para pelajar mampu membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Pembelajaran ini memberikan peluang kepada suasana pembelajaran yang mencambahkan ilmu dan idea dikalangan pelajar, malahan secara langsung membina komuniti pembelajaran dinamik.
Dalam pembelajaran berasaskan masalah ini merujuk kepada matlamat dan bidang sesuatu pengajaran. Terdapat beberapa garispanduan cirri-ciri pembelajaran tersebut iaitu:
i. pelajar menghargai sesuatu pembelajaram melalui pengalaman lepas.
ii. Pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.
iii. Pembelajaran yang boleh diaplikasikan bagi semua jenis bidang pengajaran.
iv. Pembelajaran yang terdiri daripada teori dan amali.
v. Pembelajaran yang memfokuskan kepada proses pembelajaran.
vi. Pengajar mempunyai peranan sebagai fasilitator.
vii. Hasil pembelajaran dimana ‘student self-assessment’ dan ‘peer assessment’.
viii. Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dikalangan pelajar.
Tujuan sebenar penyelesaian masalah adalah memberikan peluang kepada pelajar bagi mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang dipelajari, menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional, memperkukuhkan prinsip dan teori yang telah dipelajari, meningkat dan memperkukuhkan ingatan pelajar, memenuhi kehendak prinsip iaitu ‘belajar dengan membuat’,mendatangkan kepuasan terhadap pelajar yang berjaya jika mencapai hasil yang dikehendaki, membina keyakinan dikalangan pelajar malah memupuk perkembangan sifat berdikari. Menurut Prof. Khalid Mohamed Nor (2002), terdapat 3 Fasa dalam menyelesaikan masalah iaitu:
i. Fasa pemahaman masalah- iaitu dikehendaki memahami masalah terlebih dahulu dengan memastikan semua takrif dan makna yang berkaitan diketahui. Tuliskan semula fakta dan maklumat yang berkaitan dan senarikan semua maklumat yang diberi serta membuat senarai lain untuk maklumat yang tidak diketahui. Akhirnya, rumuskan semua pertalian maklumat tersebut ke dalam bentuk sebutan matematik ataupun grafik seperti rajah, graf, gambarajah, carta dan lain-lain.
ii. Fasa Penentuan cara penyelesaian- iaitu menggunakan pengalaman yang lepas untuk memerhatikan adakah terdapat persamaan masalah dari segi pertalian maklumat yang ada. Jika tiada persamaan, cuba selesaikan dengan menggunakan prinsip asas, hujah logik atau kaedah cuba dan salah. Jika sekiranya langkah tersebut tidak berkesan menghasilkan jawapan, lihat semula maklumat tadi untuk tujuan merumus semula masalah agar ia diselesaikan dengan pendekatan yang berlainan.
iii. Fasa. Rumus Masalah- selepas mengetahui jawapan, rumuskan jalan penyelesaian agar dapat dijadikan pengalaman dan contoh menyelesaikan soalan yang sama kelak.
Dalam pengajaran secara PBL ini ia mampu memberikan pengajar bertindak sebagai fasilitator dimana bagi memastikan pelajar tidak menyimpang jauh daripada matlamat masalah, memberi motivasi dan panduan untuk mencari penyelesaian dan memberi penutup selepas sahaja penyelesaian di bentangkan oleh pelajar. Semua tindakan ini mendorong untuk pelajar memperbetulkan konsep sekiranya terdapat kesilapan malah memberi ulasan terhadap penyelesaian yang akan dibentangkan. Perkara seperti ini pernah dibuat dikalangan pelajar pengajian Malaysia umumnya dimana ia melibatkan pembelajaran bagi kursus psikologi pendidikan.
..pembelajaran berasaskan masalah membantu kita menyelesaikan masalah melalui proses bertindakbalas terhadap masalah dihadapi oleh orang-orang dewasa dan profesional.... |
No comments:
Post a Comment