penghasilan karya batik..... |
BATIK adalah suatu perkataan yang mempunyai pengertian, nilai dan keunikan tersendiri dengankepelbagaian imaginasi dan penghayatan melalui tafsiran yang dibuat oleh para pengkaji. Berpandukan kepada beberapa penulisan karyawan terdahulu tentang kewujudan perkataan batik ditemui dalam Kamus Dewan, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka 1994, iaitu 'ambah', membawa makna pertukangan atau boleh dinayatakan sebagai kerja-kerja mahir yang menggunakan tangan untuk menghasilkan produk. Manakala, perkataan 'titik' pula memang tidak dinafikan diambil dari proses melilin atau mencanting variasi garisan samada melalui titisan, titikan atau menitik di atas permukaan fabrik untuk merealisasikan ekspresi dan kreativiti pengkarya mengilhamkan rekacorak. Rasional gabungan dua perkataan ini didapati lebih tepat dan sesuai untuk menyatakan satu proses kerjatangan warisan kraf tradisional yang harus dipelihara untuk terus unggul di persada dunia.
..pemilihan motif bersumberkan alam semulajadi melalui proses peniruan dan inspirasi penggiat seni membangkitkan kreativiti mengolah, mentidaksejadikan atau memujarabkan halbenda yang dipilih... |
BATIK didefinisikan sebagai kaedah hasilan kerjatangan tekstil yang menggunakan lilin sebagai bahan perantara untuk memisahkan atau penghalang kepada kepelbagaian warna yang dicelup atau disapukan keatas permukaan fabrik samada jenis sutera atau kapas yang bersesuaian, atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai, 'wax resist dyeing'. Proses membatik adalah aplikasi bahan, variasi peralatan, adaptasi rekacorak, inovasi teknik dan ekspresi kreativiti penggiat untuk memberikan nilai tambah bagi memaparkan keindahan rekacorak melalui gabungan warna yang menepati kehendak masyarakat.
No comments:
Post a Comment